suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Cedera Rumah PPR Atas Air Runtuh Di Sandakan

Foto Twitter @bernamadotcom / ihsan bomba

SANDAKAN: Dua orang cedera apabila sebuah rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) runtuh ketika kenduri tahlil diadakan di rumah berkenaan di Kampung Air Jalan Bokara di sini, Sabtu malam.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan, Anddre Andrew berkata, mangsa seorang wanita berusia 20 tahun dan seorang lelaki berumur 19 tahun, cedera ringan dalam kejadian itu.

Beliau berkata semasa kejadian, kira-kira 20 orang berada di dalam rumah berkenaan.

"Mereka yang lain selamat kecuali dua orang mengalami cedera ringan dalam kejadian itu," katanya di sini, Sabtu malam.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu pada 7.38 malam dan tujuh anggota berserta sebuah jentera dan kenderaan utiliti dikejarkan ke tempat kejadian.

Katanya, anggota bomba memberi rawatan awal kepada dua mangsa yang cedera ringan sebelum pasukan perubatan tiba untuk rawatan lanjut.

Dalam pada itu, kejadian tersebut menyebabkan keseluruhan struktur rumah PPR berkenaan roboh dan jatuh ke dalam laut serta tenggelam sehingga ke paras bumbung. - Bernama

Artikel Lain