suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MAHB Diberi Lanjutan 35 Tahun Urus Operasi KLIA, Lapangan Terbang Lain

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan telah meluluskan lanjutan selama 35 tahun kepada perjanjian pengoperasian Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan lapangan-lapangan terbang lain.

MAHB dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, kabinet telah meluluskan sambungan itu pada 21 Disember 2016.

Perjanjian pengendalian yang asal, telah ditandatangani oleh MAHB, Kerajaan Malaysia dan Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd pada 12 Februari 2009, adalah untuk tempoh 25 tahun, katanya.

"Dengan kelulusan, MAHB telah diberi tambahan selama 35 tahun, dari 25 tahun kepada 60 tahun," katanya.

Berikutan lanjutan itu, jawatankuasa perundingan yang terdiri daripada wakil-wakil Kementerian Kewangan, MAHB dan lain-lain agensi kerajaan yang berkaitan akan ditubuhkan bagi merundingkan terma-terma baharu yang berkaitan termasuk syarat-syarat.


"Jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Kementerian Pengangkutan.

Terma-terma yang berkaitan dan syarat-syarat tersebut akan dikemukakan kepada kabinet untuk pertimbangan serta kelulusan," katanya.

MAHB, KLIA, Kementerian Pengangkutan

Artikel Berikut

Artikel Lain