suria

34 Anggota Kongsi Gelap Ditahan, Rampas Senjata Api & Dadah - Khalid

KUALA LUMPUR: Seramai 34 anggota kongsi gelap berjaya ditangkap menerusi Op Cantas Khas yang dilancarkan pasukan polis baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis turut merampas senjata api termasuk enam pistol, sepucuk raifal dan peluru.

Beliau berkata melalui operasi tersebut, polis juga merampas sebanyak 10 kilogram dadah.

Katanya operasi tersebut dilakukan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFFOC), Pasukan Taktikal Khas Antimaksiat Judi dan Gangsterisme (STAGG) serta Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING).

Khalid melalui catatan di laman Twitter rasminya mengucapkan syabas kepada pasukan berkenaan atas kejayaan itu.-- Bernama


Khalid Abu Bakar, Staffoc, STING

Artikel Lain