suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jamal Direman Lima Hari

KUALA LUMPUR: Pemimpin kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos yang dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang ditahan reman untuk tempoh lima hari bagi membantu siasatan berhubung dakwan curi di premis hiburan.

Jamal disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu tiba di kompleks mahkamah pada kira-kira pukul 10.15 pagi, Jumaat.

Sambil tersenyum, Jamal berjalan diiringi anggota polis dan menunggu untuk mendapat perintah itu.

Jamal ditahan pada Khamis bagi membantu siasatan kerana didakwa mencuri di premis hiburan di Ampang.

Sembilan rakannya juga ditahan pada Rabu malam.

Jamal, Ampang, Baju Merah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain