Jangan Amal 'Habis Madu Sepah Dibuang' Dalam Politik - TPM - Semasa | mStar

Jangan Amal 'Habis Madu Sepah Dibuang' Dalam Politik - TPM

BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pemimpin politik khususnya dari Umno supaya tidak mengamalkan sikap 'habis madu sepah dibuang'.

Beliau menegaskan seorang pemimpin perlu sentiasa menghargai jasa dan sumbangan anggota yang pernah menyokongnya dalam sesebuah organisasi walaupun tidak lagi memegang sebarang jawatan.

"Demi cinta dan sayang kepada parti, perlulah ada dasar kepedulian jangan sudah habis madu sepah dibuang. Siapa yang pernah berada di kemuncak kena ingat kembali kehebatan pada dirinya.

"Jangan lupa kembali kepada akar umbi, kenang jasa mereka yang sokong kita dan yang penting junjung agama kita," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Veteran Umno Bahagian Bagan Datuk di sini, Sabtu.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno menarik perhatian dengan berkatabahawa seorang pemimpin yang berjiwa besar tidak akan sesekali mengaibkan orang lain atau organisasi yang pernah diwakilinya.

Beliau memberikan contoh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak memberi sebarang kenyataan buruk berhubung dakwaan kerugian tukaran asing sebanyak US$10 bilion pada awal 1990-an dalam satu sidang media di ibu negara semalam.

"Saya duduk sebelah beliau...beliau tidak sebut nak burukkan sesiapa. Beliau (Najib) cuma kata kita memandang serius mengenai kenyataan itu dan minta Bank Negara Malaysia (BNM) buat laporan," katanya. 

Bekas Penolong Gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid dilaporkan berkata bank pusat itu mengalami kerugian tukaran asing US$10 bilion pada awal 1990-an.

BNM dalam satu kenyataan bagi menjawab dakwaan itu berkata institusi itu sudah mencapai kemajuan yang lebih kukuh, telus dan lebih bertanggungjawab sejak kerugian tukaran asing berlaku hampir 25 tahun lepas.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang menjalan tiga sebagai Timbalan Presiden Umno berkata:"Jangan aibkan orang. Kalau kita aibkan orang, ada orang yang akan aibkan kita. Jangan hina orang, nanti orang lain hina kita, ini hukum karma."  -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain