suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dakwaan Anti-Islam: Kit Siang Mahu Saman Abdul Hadi

Lim Kit Siang

GEORGE TOWN: Penasihat DAP Lim Kit Siang bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul HadiAwang kerana didakwa memfitnahnya sebagai seorang yang anti-Islam.

Anggota Parlimen Gelang Patah itu berkata beliau telah meminta peguamnya meneliti perkara itu. Lim berkata beliau bukanlah seorang yang anti-Islam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang di Spice Arena, dekat sini, Sabtu.

Mengulas mengenai pendirian teguh PAS yang tetap menolak untuk bekerjasama dengan DAP, Lim berkata ia adalah hak Abdul Hadi untuk menolak apa-apa kemungkinan bekerjasama dengan DAP.

Pada Jumaat, Abdul Hadi dilaporkan berkata PAS mengulangi pendirian untuk tidak menerima pelawaan Lim untuk bekerjasama dengan DAP bagi memastikan kemenangan pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.-Bernama

Lim Kit Siang, Abdul Hadi

Artikel Lain