suria

Tiada Larangan 'Kapcai' Di Bandaraya - Ku Nan

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tiada larangan terhadap 'kapcai' (motosikal kecil) di bandaraya ini.

"Jangan bimbang, kami tidak akan melaksanakan larangan itu. Sebelum ini saya berkata hanya kemungkinan kita akan melarang, bukan untuk melaksanakannya," katanya pada Rabu.

Beliau berkata kementerian itu tidak akan meneruskan larangan tersebut jika rakyat menolak cadangan ini.

"Kita akan sentiasa melihat dengan cara yang betul tanpa membebankan rakyat. Saya tahu ramai orang menggunakan kenderaan jenis ini,  terutama untuk  ke tempat kerja, kerana ianya murah. Kami tidak akan berbuat demikian jika rakyat tidak setuju. Apa yang boleh kita lakukan? Kami akan ikut kehendak  rakyat," katanya.

Tengku Adnan mengulangi bahawa kemungkinan larangan hanya boleh dilaksanakan jika terdapat pengangkutan alternatif lain yang murah.

Kapcai

Artikel Lain