Mesyuarat Luar Biasa OIC Di Kuala Lumpur Bincang Isu Rohingya - Semasa | mStar

Mesyuarat Luar Biasa OIC Di Kuala Lumpur Bincang Isu Rohingya

Anifah Aman

KUALA LUMPUR: Majlis Menteri-menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan mesyuarat luar biasa pada Khamis bagi membincangkan keadaan masyarakat minoriti Islam Rohingya di Myanmar.

Malaysia yang meminta OIC mengadakan mesyuarat tersebut akan mempengerusikan mesyuarat sehari itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dengan semua menteri luar dari 57 negara anggota dijangka menghadirinya.

Mesyuarat akan bermula pada 9.30 pagi dengan mesyuarat pegawai kanan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyampaikan ucaptama pada mesyuarat berkenaan.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, yang bertindak sebagai Pengerusi mesyuarat luar biasa itu, dan Setiausaha Agung OIC Dr Yousef Ahmad Al-Othaimeen juga akan berucap pada mesyuarat.

Ini diikuti dengan mesyuarat peringkat menteri.

Menurut laporan, krisis yang berlarutan di wilayah Rakhine menyebabkan beribu-ribu masyarakat Rohingya lari meninggalkan Myanmmar di tengah-tengah laporan mengenai kekejaman, rogol dan pembunuhan tetapi dinafikan oleh kerajaan Myanmar.   

Mesyuarat Kuala Lumpur dijangka mengeluarkan dua dokumen - resolusi dan pernyataan bersama untuk menampilkan pendirian bersatu di kalangan negara anggota berhubung isu tersebut. -Bernama

OIC

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain