suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Ditahan Didakwa Hina Sultan Johor Di FB

JOHOR BARU: Polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun kerana memuat naik kenyataan yang dianggap menyinggu kerabat Diraja Johor di media sosial.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, suspek ditahan di sebuah rumah di Bandar Baru Sentul di Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 9.45 malam Selasa.

"Lelaki itu ditahan kerana membuat kenyataan yang menyinggung Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Facebook.

"Kita turut merampas sebuah telefon bimbit dan kad SIM, dipercayai digunakan untuk memuat naik kenyataan sensitif itu," katanya kepada pemberita.

Tambahnya, suspek dibawa dari Kuala Lumpur dan polis akan mendapatkan perintah reman di mahkamah di sini sebelum meneruskan siasatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain