suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun M Diminta Henti Politikkan Isu BR1M - Ahli MT Umno

Mahdzir Khalid.

KUALA NERANG: Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid meminta Tun Dr Mahathir Mohammad agar berhenti daripada terus mempolitikkan isu pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). 

Jelasnya, walaupun bekas perdana menteri itu sudah pun menukar pendiriannya mengenai BR1M yang sebelum ini dilabel beliau sendiri sebagai satu bentuk rasuah dan haram, namun Mahdzir mahu Dr Mahathir berhenti daripada memperkatakan mengenai BR1M kerana ia diterima positif oleh sebahagian besar rakyat di negara ini.

"Cakaplah benda lain, yang boleh memberi manfaat kepada rakyat," katanya ketika ditemui pemberita di Program Ziarah Kasih di Kampung Tanjong Siam di sini, Isnin.

Mahdzir berkata demikian ketika mengulas ucapan bekas perdana menteri itu pada majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Stadium Malawati, Shah Alam, Sabtu lepas, yang mahu meneruskan BR1M sekiranya pembangkang menang PRU14. - Bernama

BR1M

Artikel Lain