suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Lelaki Nepal Ditemukan Dengan Kesan Kelar, Tikaman

GAMBAR HIASAN

BUTTERWORTH: Mayat seorang lelaki Nepal dengan kesan kelar dan tikaman dijumpai di padang permainan kanak-kanak di Lorong Nagasari, Perai di sini, Isnin.

Mayat Pandey Radhe Shyam, 26, ditemui seorang lelaki yang melalui kawasan padang permainan itu kira-kira 8 pagi.

"Terdapat kesan kelar pada leher dan tikaman pada perut lelaki itu yang bekerja sebagai operator kilang di Bukit Tengah," kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid di sini.

Beliau berkata polis percaya lelaki itu dibunuh di tempat lain sebelum  mayatnya ditinggalkan di kawasan padang permainan itu.

Nik Ros Azhan berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya  untuk bedah siasat dan meminta orang ramai menghubungi balai polis berhampiran jika mempunyai maklumat kejadian.

Mayat

Artikel Sebelum

Artikel Lain