suria

Gangguan Komputer Jejas Operasi Di 900 Stesen Minyak Shell

PETALING JAYA: Gangguan komputer pada sistem pemantauan berpusat Shell Malaysia melumpuhkan operasi di 900 stesen minyak seluruh negara pada Isnin apabila pemilik kenderaan tidak dapat mengisi bahan petrol tersebut.

Gangguan yang bermula tengah malam Ahad menyebabkan pam petrol yang dikaitkan dengan sistem, berhenti untuk menyalurkan bahan api itu.

Hanya stesen petrol versi lama yang tidak dikaitkan secara langsung dengan sistem itu dapat menyalurkan bahan api tersebut.

Transaksi di pam (lama) hanya boleh dilakukan dengan bayaran tunai kerana sistem pembaca kad kredit pada mesin tersebut tidak dapat diaktifkan dan disambung kepada sistem berkenaan.

Jurucakap Shell mengesahkan masalah tersebut dan berkata mereka sedang berusaha untuk menyelesaikan isu berkenaan secepat mungkin.

Shell Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Lain