suria

PAS Belum Putuskan Sertai PPBM

PETALING JAYA: PAS masih enggan membuat sebarang keputusan tentang kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru dilancarkan pada Sabtu.

Ketua Penerangan parti itu, Roslan Shahir berkata pada Ahad, PAS bagaimanapun menjemput beberapa pemimpin parti itu untuk menghadiri program anjurannya dan pertemuan antara pucuk pimpinan kedua-dua parti telah diatur.

Beliau menjelaskan, parti Islam tersebut sedia bekerjasama dengan mana-mana parti yang menerima wadah perjuangannya kecuali DAP dan Parti Amanah.

Dipecayai, pakatan pembangkang dan blok kerajaan sedang berusaha menjalinkan kerjasama dengan PAS yang kini dilihat bergerak secara bersendirian.

PAS, PPBM

Artikel Lain