suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bomba Pujuk Lelaki Duduk Di Tembok Jambatan Pulau Pinang

GEORGETOWN: Pasukan bomba berjaya memujuk seorang lelaki berusia 40 tahun yang dilihat duduk berseorangan di atas tembok Jambatan Pulau Pinang, dipercayai cuba membnuh diri pada Jumaat.

Kejadian itu pada mulanya disedari oleh pemandu yang menggunakan laluan tersebut dan menghubungi pihak polis serta pasukan bomba untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Ketua Polis Daerah Georgetown, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki itu mendakwa tidak cuba membunuh diri tetapi memikirkan masalah peribadi yang dihadapinya.

Jelas beliau, lelaki itu mendedahkan isterinya telah melarikan diri bersama wang keuntungan perniagaannya.

"Dia memberitahu kami bahawa dia dalam perjalanan pulang ke Jelutong dari Sungai Petani dan mengambil keputusan untuk berhenti di atas jambatan bagi menenangkan diri.

"Kami membenarkan dia pulang selepas keadaannya kembali tenang," kata Mior menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Lelaki berkenaan turut membuat laporan polis terhadap isterinya kerana melarikan wang miliknya.

Selain itu, lelaki tersebut mengupah seorang peguam untuk memfailkan cerai terhadap isterinya.

Jambatan Pulau Pinang

Artikel Berikut

Artikel Lain