suria

Ku Nan Cadang Sediakan Gelanggang Futsal Percuma

GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang  menyediakan kemudahan gelangang futsal secara percuma buat warga kota dalam masa terdekat.

Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata inisiatif berkenaan bakal dilaksana bagi menggalakkan gaya hidup sihat selain meringankan beban kewangan generasi muda dalam menjalankan aktiviti sukan.

"Kerajaan peka dengan kekangan kewangan dan kos sara hidup di bandar yang semakin meningkat, jadi kemudahan seperti ini semuanya bagi membantu rakyat menjalani hidup dengan lebih baik.

"Cadangan ini pada mulanya timbul apabila ada anak-anak muda di Putrajaya mengadu sukar nak bermain futsal di situ kerana kena bayar, tunggu giliran terlalu lama dan sebagainya jadi dalam masa sama kita akan laksanakan di Kuala Lumpur juga," katanya selepas merasmikan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, di sini Ahad.

Dalam program yang diadakan serentak dengan program 'KL Car Free Morning' atau pagi tanpa kenderaan itu, seramai 5,000 warga kota hadir mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan.

Tengku Adnan berkata lebih 8,000 bendera akan diedarkan kepada premis perniagaan di sekitar ibu kota dalam menyemarakkan sambutan Hari Wilayah pada 1 Februa ini.

"Sambutan diadakan secara lebih sederhana tahun ini melalui anjuran lebih 30 program dengan pengisian yang lebih dekat dengan komuniti," katanya.

Menurut Tengku Adnan, peruntukan untuk sambutan pada tahun ini juga dikurangkan berikutan kekangan kewangan dihadapi negara. - BERNAMA

Tengku Adnan Tengku Mansor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain