suria

42 Peratus Penunggang Malaysia Cedera Akibat Kemalangan Di Singapura

SINGAPURA: Pada kelajuan yang tinggi, penunggang motosikal dari Malaysia memecut dalam kesesakan trafik, mencelah ruang antara kenderaan dan menunggang dengan laju di bahu jalan.

Aksi berbahaya itu kebiasaanya memberi padah kepada penunggang terlibat apatah lagi disokong dengan maklumat daripada Hospital Khoo Teck Puat seperti dilaporkan portal The Sunday Times.

Menurut pakar perunding pembedahan, Caroline Simon, sebanyak 865 kes kecederaan serius dalam kalangan penunggang motosikal dilaporkan di hospital itu antara tempoh 2011 dan 2015.

Berdasarkan jumlah tersebut, kira-kira 53.6 peratus mangsa merupakan rakyat Singapura.

Jelasnya, pemegang permit kerja merupakan kumpulan kedua terbesar dengan jumlah 35.3 peratus manakala 7.7 peratus adalah penduduk tetap dan selebihnya 3.4 peratus.

"Secara keseluruhan, 42 peratus mangsa merupakan Malaysia," katanya.

Statistik kerajaan menunjukkan, pada November lalu, sebanyak 142,492 motosikal dan skuter didaftarkan di negara itu termasuk merupakan milik rakyat Malaysia.

Dianggarkan 40,000 penunggang motosikal dari Malaysia memasuki Singapura pada setiap hari dan kira-kira 53.8 peratus kemalangan melibatkan penunggang dari negara jiran itu berlaku selepas waktu pejabat antara pukul 6 petang dan 8 pagi.

Ini kerana waktu tersebut rakyat Malaysia pulang ke rumah atau menuju ke tempat kerja mereka di Singapura.

Singapura, Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Lain