suria

Mati Lemas Akibat Lari Daripada Polis

KUALA TERENGGANU: Oleh kerana begitu terdesak untuk melarikan diri daripada pihak polis, seorang pemuda akhirnya tenggelam dan mati lemas di dalam sungai di Kampung Bekok, Hulu Besut pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata mayat Muhamad Ekraam Maidin, 27, kemudiannya ditemukan kira-kira pukul 9.50 malam.

Beliau berkata pihak polis pada mulanya bertembung dengan mangsa kira-kira pukul 5.20 petang yang dalam keadaan mencurigakan dan mahu memeriksanya, namun mangsa enggan berhenti tetapi terus memecut keretanya.

Pihak polis lalu mengejar mangsa yang kemudiannya memberhatikan keretanya di tepi jalan sebelum melarikan diri ke dalam semak berdekatan sungai berkenaan.

"Ketika pihak polis menghampirinya, dia bertindak terjun ke dalam sungai dan kemudian berenang ke tengah sungai. Selepas diminta oleh anggota polis supaya dia berpatah balik kerana sungai itu luas dan airnya dalam, dia lalu berpatah balik.

"Namun kira-kira 50 meter sebelum sampai ke tebing, dia terus tenggelam dan hilang, sebelum usaha mencari dan menyelamat dilakukan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Zamri berkata dalam kereta mangsa ditemukan 1,200 biji pil kuda dan sembilan paket syabu yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM13,080.

Penagih Dadah, Lemas

Artikel Lain