suria

Budak Perempuan Mangsa Dera Enggan Lepas Nenek Saudara

Kanak-kanak perempuan itu enggan melepaskan nenek saudaranya.

PETALING JAYA: Detik-detik memilukan sempat dirakamkan di sebuah mahkamah di sini apabila seorang kanak-kanak perempuan enggan melepaskan dirinya daripada pelukan nenek saudara yang menjaganya selama tiga tahun selepas dia diperintahkan untuk kembali ke pangkuan nenek kandung yang sebelum ini didakwa menderanya.

Dalam satu keputusan luar jangka, nenek kandung kanak-kanak berusia tujuh tahun itu mendapat hak penjagaan terhadapnya di Mahkamah Sesyen.

Namun, kanak-kanak itu enggan mengikut neneknya dan berlaku babak menyentuh perasaan selama 20 minit sebelum dia diheret masuk ke dalam kereta.

Kanak-kanak itu dijaga oleh nenek saudaranya sejak tiga tahun lalu selepas dia didakwa didera oleh ahli keluarga terdekatnya.

Kes itu mendapat perhatian pada 2013 apabila nenek saudara (ibu saudara bapa mangsa) membuat laporan polis terhadap bapa dan nenek kanak-kanak itu dengan mendakwa mangsa yang pada ketika itu berusia empat tahun mengadu didera secara seksual.

Pemeriksaan perubatan mendapati terdapat kecederaan di bahagian alat sulit dan dubur mangsa, lapor China Press.

Nenek saudara mangsa kemudian menuntut hak penjagaan kanak-kanak itu.

Sebuah mahkamah di sini memberikan hak penjagaan sementara antara 2013 dan Jun 2016.

Polis akhirnya menggugurkan dakwaan penderaan seksual terhadap tiga ahli keluarga mangsa kerana kekurangan bukti.

Pada 3 November lalu, Mahkamah Majistret memerintahkan hak penjagaan dikembalikan kepada bapa dan nenek mangsa dengan persetujuan ibu kanak-kanak tersebut.

Keputusan itu dibuat walaupun terdapat cadangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bahawa nenek dan datuk saudara mangsa terus diberi hak untuk menjaga kanak-kanak itu.

Aktivis hak kanak-kanak kini menawarkan bantuan kepada nenek saudara mangsa yang berusia 62 tahun itu untuk mendapatkan semula hak penjagaannya.

"Saya amat merinduinya. Saya juga terlalu bimbang dengan keselamatan dirinya.

"Saya tidak dapat menghubunginya. Saya menangis sepanjang hari selepas dia dibawa pergi.

"Kami amat gembira apabila JKM mengambil inisiatif untuk mencari ibu mangsa dan mendapat akuan berkanun darinya untuk memberikan hak penjagaan kepada nenek dan datuk saudara kanak-kanak itu pada tahun lalu," kata peguam Jacky Loi yang mewakili mereka dalam perebutan hak penjagaan secara pro bono.

Namun, ibu mangsa memaklumkan dia sebenarnya mahu menyerahkan hak penjagaan kanak-kanak itu kepada bapa kandung dan neneknya.

Loi berkata kanak-kanak itu telah diberi sesi kaunseling di sebuah hospital awam sejak tiga tahun lalu.

Pada Jumaat, pengasas bersama badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan hak kanak-kanak, Voice of the Children dan Yayasan Chow Kit, menawarkan untuk menggumpul dana bagi membiayai kos guamannenek dan datuk saudara mangsa jika mereka mahu merayu terhadap keputusan mahkamah tersebut.

Malah, Madeleine Yong, ahli jawatankuasa Protect and Save the Children turut berkata mereka bersedia untuk menyediakan sesi kaunseling.


mahkamah, penderaan seksual

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain