suria

Parlimen Platform Terbaik Bahas Pindaan RUU355

Salahuddin Ayub.

PETALING JAYA: Parlimen adalah platform terbaik untuk membahaskan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, (RUU 355), kata Parti Amanah Negara (Amanah).

"Amanah bersetuju dengan usaha untuk memperkasakan RUU355. Untuk mencapainya Amahah telah membuat beberapa cadangan konstruktif sebelum ini berhubung Rang Undang-Undang Persendirian oleh Ahli Parlimen Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," kata Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata usul mengandungi cadangan untuk memperkasakan peranan dan bidang kuasa mahkamah Syariah telah dikemukakan Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud pada sesi pembentangan Bajet tahun lalu.

Salahuddin berkata kandungan dan tujuan kertas cadangan itu amat jelas dan terbukti.

"Pendirian dan cadangan Amanah mengenai RUU355 akan dinyatakan di Parlimen sebaik sahaja usul itu diterima dan dibahaskan pada sesi Dewan Rakyat yang akan datang.

"Amanah berpendapat bahawa Parlimen adalah platform paling cepat dan sesuai untuk usul ini dibentang dan dibahaskan," katanya.


RUU355, Amanah

Artikel Lain