Daftar Nombor Plat GT Di JPJ Mulai Selasa - Semasa | mStar

Daftar Nombor Plat GT Di JPJ Mulai Selasa

PETALING JAYA: Pembeli nombor pendaftaran terbaharu, GT1 hingga GT9999 yang ditawarkan menerusi tender terbuka oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) boleh mendaftarkannya di JPJ Wilayah Persekutuan mulai Selasa.

Presiden KE7B, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, mereka hanya boleh mendaftarkannya di JPJ cawangan Wilayah Persekutuan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

"Pembeli nombor plat khas kenderaan GT1 hingga GT9999 boleh mendaftarkan kenderaan mereka di kaunter JPJ Wangsa Maju, Kuala Lumpur sahaja mulai esok.

"Pembeli yang ingin membuat pendaftaran nombor plat tersebut perlu membawa surat tawaran plat GT, resit rasmi yang dikeluarkan oleh Sekretariat Plat GT KE7B serta dokumen-dokumen lain berkaitan termasuk pemeriksaan Puspakom dan dokumen-dokumen peribadi," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Muhamad Muqharabbin berkata, mereka yang ingin membeli baki nombor plat secara terus masih berpeluang untuk berbuat demikian.

Katanya, mereka boleh melayari laman www.platgt.com atau menghubungi pihak sekretariat pada waktu pejabat di talian 03-27762462, 016-9035130 (Zulaikha) dan 019-3643358 (Ismail).

Selain itu, orang ramai juga boleh mengunjungi pejabat sekretariat di alamat A-3A-8, Centrio Pantai Hillpark, No. 1, Jalan Pantai Murni di Kuala Lumpur.

Nombor pendaftaran GT bermaksud 'Generasi Terbilang' yang sinonim dengan kejayaan KE7B melahirkan 23 ikon sukan lasak dan ekstrem sejak 2009.

Tawaran bidaan bagi nombor pendaftaran dibuka kepada orang ramai sejak 1 Oktober lalu.

Penjualan nombor pendaftaran khas GT diberikan hak eksklusif kepada KE7B bagi membolehkan ia mengumpul dana untuk menjalankan pelbagai aktiviti sukan lasak dan ekstrem bagi menaikkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. 

Antaranya adalah Ekspedisi Jelajah Kutub Utara 2017 yang akan dilaksanakan pada April depan.

GT , JPJ , Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin , KE7B

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain