suria

JKM Buru Wanita Menyamar Buta, Minta Sedekah Di Johor

GAMBAR HIASAN

JOHOR BAHRU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor sedang mengesan seorang wanita yang dikatakan menyamar sebagai orang cacat penglihatan dan meminta sedekah dengan menjual tisu di sekitar bandar raya ini.

Pemangku Pengarah JKM Johor, Datuk Daud Arbah berkata pihaknya berusaha menjejaki wanita terbabit selepas kisah dan gambarnya menjadi viral di beberapa Facebook sejak minggu lepas.

"JKM Johor mempunyai pasukan 'cyber trooper' dan bahagian penguatkuasaan yang sudah digerakkan untuk menjalankan siasatan sekali gus bagi mengesan wanita terbabit," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata usaha mengesan wanita tersebut dilakukan di beberapa lokasi tumpuan ramai termasuk Dataran Bandaraya.

Berhubung kad pengenalan diri yang dipakai wanita berkenaan, beliau berkata ia tidak dikeluarkan oleh JKM.

Daud berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan wanita itu supaya menghubungi talian 07-2282971/972 bagi membantu siasatan.

Wanita tersebut didakwa tidak cacat penglihatan dan dia didalangi ejen untuk meminta sedekah.


JKM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain