suria

Bagan Datuk Secara Rasmi Daerah Ke-12 Perak

Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke majlis Pengishtiharan Daerah Bagan Datuk di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk pada Isnin. fotoBERNAMA

BAGAN DATUK: Sultan Nazrin Shah secara rasminya mengisytiharkan Bagan Datuk sebagai daerah ke-12 di negeri Perak pada Isnin.

Dalam satu majlis khas yang diadakan di SM Sains Bagan Datoh, Sultan Nazrin melafazkan pengisytiharan itu di hadapan kira-kira 10,000 tetamu yang hadir.

Bagan Datuk diwartakan secara rasminya sebagai daerah ke-12 di Perak pada 16 Jun 2016.

Berkeluasan 94,969.892 hektar, daerah baharu itu akan merangkumi empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pentadbirannya iaitu Rungkup, Hutan Melintang, Kampung Gajah dan Changkat Jong.

Menteri Besar Perak,  Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pengisytiharan Bagan Datuk sebagai sebuah daerah merupakan satu kejayaan kerajaan pentadbir negeri itu.

"Pengisytiharan daerah baharu itu akan memperbaiki pembangunan dan perancangan untuk penduduk di sini," katanya.

Zambry berkata kerajaan negeri sedang merangka pelan pembangunan dan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Ahli Parlimen Bagan, proses pelaksanaannya akan menjadi lebih mudah.

"RM1.3 bilion telah diperuntukkan kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 untuk projek pembangunan di daerah itu," katanya.

Bagan Datuk, Sultan Nazrin Shah

Artikel Berikut

Reman Wanita Dilanjut Tiga Hari

Artikel Lain