suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Saman Fitnah: Anwar Tiba Di Mahkamah Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk perbicaraan kes saman fitnah RM70 juta terhadap sebuah akhbar Bahasa Inggeris dan tiga yang lain bermula pada Isnin.

Bekas ketua pembangkang itu tiba pada pukul 9.15 pagi dengan kawalan ketat polis semasa sebahagian kecil penyokong berkumpul di luar perkarangan kompleks tersebut.

Beberapa laluan menuju ke mahkamah turut disekat sejak awal pagi Isnin.

Beliau memohon ganti rugi bagi penerbitan satu artikel dalam akhbar tersebut.

Dalam pernyataan tuntutannya yang dihantar pada September 2015, beliau menamakan Ranjit Singh Dhillon, Looi Sui-Chern, Adrian Lai dan The News Straits Times Press (M) Berhad sebagai defendan.

Beliau mendakwa defendan pertama telah mengeluarkan kenyataan berniat jahat dan berunsur fitnah dalam satu kenyataan akhbar pada 6 Ogos 2013 untuk menjejaskan nama baik dan reputasinya susulan artikel "Prove you have nothing to hide" yang disiarkan pada hari yang sama.

Anwar mendakwa artikel itu menuduh beliau membayar RM50 juta kepada Karpal Singh bagi yuran guaman untuk merasuah hakim dan pegawai pendakwaan.

Turut hadir Ketua Menteri Lim Guan Eng dan keluarga Anwar.

Anwar Ibrahim, kes saman fitnah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain