suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jumlah Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat Pagi Ahad

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra dengan sebahagian mangsa banjir ketika melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong di Kuala Terengganu, Sabtu. Foto Bernama

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu pagi Ahad meningkat sedikit kepada 1,460 orang daripada 331 keluarga berbanding 1,275 orang merangkumi 305 keluarga pada Sabtu malam.

Peningkatan itu dicatat di daerah Kuala Terengganu yang merekodkan 1,362 orang daripada 304 keluarga berbanding 1,169 orang daripada 274 keluarga pada Sabtu malam.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi Infobanjir, Dungun mencatatkan penurunan dengan hanya 78 mangsa (20 keluarga) masih berada di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Metangau berbanding 89 orang daripada 23 keluarga, Sabtu malam.

Di Marang pula, jumlah terkini mangsa yang ditempatkan di SK Pasir Putih menurun kepada 21 mangsa merangkumi tujuh keluarga selepas empat orang daripada sebuah keluarga dibenar pulang ke rumah mereka. - Bernama

Artikel Lain