suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Komplikasi Berkhatan: Lesen Perubatan Boleh Digantung Jika Cuai - Subra

SEGAMAT: Lesen perubatan doktor dan klinik boleh digantung sekiranya terdapat unsur kecuaian dalam melakukan prosedur berkhatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Bagaimanapun beliau berkata siasatan terperinci serta menyeluruh perlu dilakukan terlebih dahulu terhadap kes komplikasi berkhatan dan tindakan penggantungan itu akan dibuat sekiranya terdapat bukti mencukupi bahawa berlaku kecuaian.

"Tindakan kementerian (kesihatan) ada dua iaitu melalui MMC (Majlis Perubatan Malaysia) adakah tindakan itu (prosedur berkhatan) selaras dengan profesionalisme kedoktoran. Kalau dia (doktor) tidak sampai standard, kita boleh ambil tindakan dari segi kecuaian.

"Kedua amalan kesihatan di mana setiap klinik berdaftar mereka ada kewajipan menyediakan kemudahan yang mencukupi dan menjalankan operasi dengan baik, jika ada risiko daripada operasi mereka perlu mengawalnya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di Batu Anam di sini, Sabtu.

Sebelum ini terdapat dua kes komplikasi berkhatan dilaporkan di Kuala Lumpur membabitkan dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia sembilan dan 10 tahun, apabila sebahagian daripada alat sulit mereka dilapor terputus semasa menjalani prosedur itu.

Dr Subramaniam berkata dua kes komplikasi berkhatan itu sedang dalam siasatan dan kementeriannya akan mengambil tindakan setelah siasatan selesai. 

"Kementerian kita lihat daripada dua tindakan tadi, tetapi kalau pihak keluarga mahu ganti rugi dan sebagainya mereka kena ambil kes (bawa kes ke mahkamah), itu luar bidang kementerian," katanya.

Ditanya tentang dakwaan terdapat sebuah lagi kes komplikasi berkhatan berlaku di Selangor, beliau berkata kementeriannya akan menyiasat tentang dakwaan tersebut.

Katanya kadar kes komplikasi berkhatan adalah rendah di negara ini dan pernah terjadi pada masa lepas, namun dengan kemajuan teknologi maklumat terutama media sosial, kes ini disebar dengan luas serta pantas sehingga menjadi perhatian umum.-- Bernama

khatan, Subramaniam

Artikel Berikut

Artikel Lain