suria

Budak Melayu Murid Tunggal Tahun Satu Di Sekolah Tamil

Norilam membetulkan tali leher Muhammad Hariz, sambil diperhatikan oleh abangnya, Muhammad Razief, kakaknya, Nurul Adriena dan Subramaniam.

PAGOH: Sebuah sekolah venakular Tamil di sini mungkin satu-satunya sekolah di negara ini yang hanya mempunyai seorang murid bagi Tahun Satu pada tahun ini.

Muhammad Hariz Asyraf merupakan antara lima murid berbangsa Melayu di SJK(T) Ladang Ban Heng.

Sekolah itu mempunyai 11 murid dan 11 guru.

Ibu Muhammad Hariz, Norilam Abd Azizi, 35, berkata anak lelakinya bersungguh-sungguh untuk memulakan persekolahan bersama kakaknya, Nurul Adriena Syafiqa Mohd Tazili, 10, dan abangnya, Muhammad Razief Aiman Mohd Tazili, 12, masing-masing murid Tahun Empat dan Tahun Enam di sekolah berkenaan.

"Anak lelaki saya yang sulung kini di sekolah menengah, juga pernah belajar di sekolah itu.

"Saya dan suami mahu anak-anak kami belajar bahasa baharu dan kami berbangga mereka boleh berbahasa Tamil," katanya.

Norilam berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan kesemua anak-anaknya yang berkomunikasi dalam bahasa Tamil di rumah.

"Kami berada dalam komuniti di ladang kelapa sawit dan tidak mempunyai masalah untuk bergaul dengan semua kaum," katanya.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SJK(T) Ladang Ban Heng, A. Subramaniam berkata, setakat ini, dua keluarga Melayu menghantar anak mereka ke sekolah tersebut.

sekolah venakular, tamil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain