suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PBT Perlu Lantik Penganjur Pertunjukan Bunga Api Terlatih - Exco Selangor

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan memastikan pihak berkuasa tempatan melantik penganjur terlatih untuk menganjurkan pertunjukan bunga api.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru Negeri, Ean Yong Hian Wah berkata, kerajaan negeri memandang serius insiden letupan bunga api yang mencederakan 14 orang ketika sambutan ambang tahun baharu di tapak Fiesta Gegar Klang 2016 di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang. 

"Majlis Perbandaran Klang (MPK) diarah menjalankan siasatan dalaman dengan telus bagi menentukan punca atau pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kemalangan itu berlaku. 

"Tindakan disiplin atau undang-undang akan dikenakan terhadap mereka yang didapati bertanggungjawab atas kesilapan ini," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

MPK merupakan penganjur fiesta berkenaan dari 30 Disember hingga Ahad. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad ketika dihubungi berkata, siasatan polis masih menyiasat insiden itu. - Bernama

Artikel Lain