suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri Orang Antara Ditahan Kerana Bersekedudukan

Gambar hiasan.

MELAKA: Dua wanita yang berstatus isteri adalah antara 30 individu yang ditahan di tujuh buah hotel bajet dan empat rumah urut di sekitar Melaka Tengah awal pagi Isnin.

Wanita berkenaan ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana disyaki bersekedudukan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Rahimin Bani berkata, kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 56 tahun itu ditahan kerana bersekediaman atau berkurung sehingga mendatangkan syak.

"Terdapat juga seorang wanita yang berstatus ibu tunggal membawa anak lelakinya berusia empat tahun di bilik hotel ketika ditahan bersama seorang lelaki yang didakwa sepupunya," katanya kepada pemberita. - Bernama

Artikel Lain