suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aliran Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 5 petang Isnin berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti panjang sempena tahun baru.

Jurucakap Plus Malaysia Berhad berkata trafik perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dari Sungai Perak ke Terowong Menora, Simpang Pulai ke Gopeng, Gua Tempurung ke Tapah dan Tanjung Malim ke Lembah Beringin.

"Trafik juga perlahan dari Pagoh ke Bukit Gambir, Senawang ke Port Dickson dan Putra Mahkota ke Bangi.

"Keadaan trafik dijangka perlahan sehingga tengah malam ini," katanya ketika dihubungi di sini Isnin.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari kedua-dua arah masih lancar setakat ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

aliran trafik, Plus Malaysia, LLM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain