suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isu Air: Jamal Bertuala Ke SUK Selangor

SHAH ALAM: Pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos, hadir ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, dengan memakai tuala sebagai tanda protes terhadap kerajaan negeri berkaitan isu gangguan bekalan air.

Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, turut membawa bersama gayung, berus gigi dan alatan mandian lain.

Bagaimanapun, beliau yang tiba di pintu utama bangunan itu pada pukul 9.40 pagi Rabu, dihalang daripada memasuki pusat pentadbiran kerajaan Selangor itu.

Jamal memberitahu wartawan yang berada di lokasi bahawa beliau tidak mandi selama dua hari.

"Saya hanya mahu menumpang mandi di sini.

"Saya tidak faham mengapa mereka tidak benarkan saya masuk," katanya yang membidas pentadbiran negeri Selangor kerana gagal menangani masalah air.

Ketika ditanya di mana beliau akan mandi selepas ini, Jamal berkata beliau bercadang untuk pergi ke KLCC ketika masih dalam keadaan bertuala.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gempa Kuat Landa Laut Banda

Artikel Lain