suria

Pekerja Bangladesh Ditahan Cabul Kanak-Kanak Lima Tahun

KOTA TINGGI: Polis menahan seorang warga Bangladesh kerana didakwa mencabul kehormatan budak perempuan berusia lima tahun di sebuah kedai gunting rambut di Jalan Hen Seng, Sungai Rengit di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman berkata, suspek berusia 30 tahun itu bekerja dengan emak mangsa yang juga pemilik kedai tersebut.

Katanya, insiden berlaku apabila emak mangsa meninggalkan kanak-kanak tersebut bersama dua pekerja warga Bangladesh itu di kedainya pada petang Isnin.

"Insiden itu terbongkar apabila bapa mangsa melihat anaknya dikunci di dalam sebuah bilik bersama salah seorang pekerja kira-kira pukul 3.30 petang," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata bapa mangsa bergegas membawa anaknya keluar dari bilik tersebut.

Lelaki warga Bangladesh itu ketika ditanya bapa budak perempuan itu bagaimanapun menafikan perbuatan tersebut.

cabul, warga Bangladesh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain