suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Batal Undangan Tun M Ke Istana Bukan Arahan PMO - Zahid

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

PUTRAJAYA: Pembatalan undangan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad ke istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara, Selasa lalu bukan atas arahan Pejabat Perdana Menteri (PMO), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, beliau telah membuat semakan terhadap pembatalan undangan kepada bekas perdana menteri itu dan mendapati urusan tersebut adalah di bawah kuasa Istana Negara.

"Bahagian istiadat hanya menerima arahan. Jangan salahkan bahagian istiadat Jabatan Perdana Menteri atau Pejabat Perdana Menteri sendiri.

"Kalau tidak berpuas hati sila menghadap (Yang di-Pertuan Agong) untuk mendapatkan penjelasan, jangan salahkan orang lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Imigresen, di sini, Jumaat.

Pada 7 Disember lepas, surat daripada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kepada Dr Mahathir yang membatalkan undangan ke istiadat tersebut tersebar di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Artikel Lain