suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri Lebam Dibelasah Suami Kerana Cemburu

MIRI: Seorang suri rumah warga Indonesia cedera dibelasah suaminya menggunakan kayu, tali pinggang dan telefon bimbit di Desa Senadin di sini Isnin lepas.

Ketua Polis Miri Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu menyebabkan wanita berusia 34 tahun berkenaan lebam di muka dan lengan selain sakit di seluruh badan setelah dipukul suaminya yang bekerja di pelantar minyak luar pesisir.

"Kejadian dipercayai berlaku selepas suspek cemburu dan mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain," katanya pada Khamis.

Beliau berkata, suspek yang juga seorang warga tempatan berusia 31 tahun, telah mendaftarkan secara sah perkahwinan mereka di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Miri serta mempunyai tiga anak.

"Mangsa menerima rawatan di Hospital Miri sebagai pesakit luar dan polis masih memburu suspek," katanya lagi. -- Bernama

Miri, Khoo Leng Huat

Artikel Berikut

Artikel Lain