suria

Dua Ratu Cantik Malaysia Berentap Di Pusingan Akhir Amazing Race Asia

Yvonne Lee (kiri) dan Chloe Chen (kanan) akan bersaing dengan dua lagi pasukan dalam peringkat akhir program The Amazing Race Asia. -fotoAXN
PETALING JAYA: Dua ratu cantik negara, Chloe Chen dan Yvonne Lee membuktikan tanggapan pengkritik mereka salah, apabila menjadi pasukan tunggal Malaysia yang bakal bersaing di peringkat akhir program realiti, The Amazing Race Asia.

Chen dan Lee, masing-masing merupakan Miss World Malaysia 2011 dan 2012, mendedahkan pada mulanya peserta lain memandang rendah kemampuan mereka kerana menganggap seorang yang berstatus ratu cantik 'hanya mahu kelihatan cantik semata-mata'.

"Malah ada satu pasukan datang kepada kami menyatakan bahawa mereka terkejut apabila kami juga terpilih untuk acara ini.

"Mereka fikir seolah-olah kami lemah tetapi ia sebenarnya ia tidak hanya bergantung kepada kekuatan fizikal. Pertandingan ini melibatkan minda, kesabaran dan sedikit nasib," kata Lee, 28.

Lee juga ada mendengar bahawa beberapa peserta yang telah tersingkir menjangka mereka berdua akan mengalami nasib serupa ketika program berlangsung.

"Kami telah membuktikan bahawa mereka salah," katanya.

Dua lagi pasukan yang akan berentap dalam pusingan akhir adalah dari Filipina, yang terdiri daripada rakan-rakan ratu cantik mereka, Parul dan Maggie, dan pasangan suami isteri Eric dan Rona.

Kata Chen, 27 menganggap dua pasukan dengan semua peserta wanita bersaing di peringkat akhir adalah sesuatu yang baik, tetapi mengakui persaingan ini tidak mudah.

"Saya amat mengambil berat tentang kaki saya kerana mengalami masalah tendon dan ia amat menyakitkan.


"Saya tidak dapat berjalan selepas satu cabaran fizikal dalam episod kedua terakhir," kata Chen.

Bagaimanapun, kata Lee, pasukan keselamatan rancangan tersebut juga bertanya kepadanya sama ada Chen mahu menarik diri.

"Dia kata, "tidak, kami telah berada di tahap ini dan kami perlu berjuang sehingga ke akhir". Dia seperti seorang pejuang," kata Lee.

The Amazing Race Asia kini berada di musim kelima.

Program ini memerlukan peserta menyertai perlumbaan di rantau Asia, dengan cara bertanding dalam pelbagai cabaran ekstrim bagi merangkul hadiah utama AS$100,000 (RM441,445).

Pusingan akhir yang turut melibatkan pasukan Malaysia ini dapat ditonton pada Khamis, pukul 9 malam di saluran AXN (Astro 701).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain