suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penerbangan Sulung Umrah Eaglexpress Berlepas Esok

KUALA LUMPUR: Penerbangan sulung untuk umrah oleh Eaglexpress Al-Fajr akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu.

Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, pasukan Eaglexpress sedang berurusan dengan pihak berkuasa berkaitan di Arab Saudi bagi mengesahkan slot pendaratan di Jeddah and Madinah.

"Eaglexpresstelah mematuhi semua peraturan serta standard keselamatan bagi mengendalikan penerbangan sewa khas untuk haji dan umrah dari Malaysia dan negara lain ke Arab Saudi," tambahnya.

Syarikat penerbangan tersebut telah menjalankan operasi yang sama sejak lima tahun lepas di Timur Tengah.

"Penerbangan ini menandakan kejayaan penting dalam perkembangan syarikat kerana Eaglexpress kini bergerak daripada menjadi penyedia pesawat 'pajakan basah' kepada penyedia penerbangan sewa khas untuk haji dan umrah swasta terkemuka," katanya.

Eaglexpress yang berpangkalan di KLIA mengendalikan empat pesawat Boeing 747-400. - BERNAMA

Eaglexpress Al-Fajr, umrah

Artikel Lain