suria

Bot Karam: Satu Mayat Ditemui

MIRI: Mayat seorang remaja lelaki berjaya ditemui di tasik di Taman Negara Loagan Bunut.

Menteri Muda Pelancongan Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata pengurusan  Curtin University, Miri telah memaklumkan kepada beliau bahawa satu mayat telah ditemui.

Jabatan Bomba dan Penyelamat juga mengesahkan bahawa satu mayat telah ditemui kira-kira pukul 12.45 tengah hari, Isnin.

Sebuah bot gentian kaca berukuran 20 kaki membawa rombongan lima pelajar universiti itu dan seorang pemandu bot dipercayai karam semasa aktiviti meninjau dan kajian kehidupan liar, iaitu buaya di kawasan tasik tersebut.

Bagaimanapun lima, termasuk pemandu bot berjaya berenang ke pantai, manakala dua orang tidak dapat dijumpai.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa enam pelajar berada di dalam bot.

Masa perjalanan untuk ke lokasi kejadian dari pekan Marudi ke Long Tinjar menggambil masa empat jam sebelum menaiki bot ke Long Teru yang mengambil masa sejam untuk sampai ke Tasik Loagan Bunut.

Artikel Lain