suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Maut Myvi Langgar Lori Di Gerik

Gambar hiasan.

GERIK: Dua maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Jalan Lenggong-Gerik dekat Kampung Malau di sini awal pagi Ahad.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 1.30 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai J. Keshvinder Singh dan U. Rajkaur Singh, 50-an, manakala isteri Keshvinder, Savin Kaur cedera parah. 

Kejadian dikatakan berlaku ketika kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu Keshvinder dari Kuala Kangsar ke Gerik tiba-tiba memasuki laluan bertentangan di lokasi nahas lalu bertembung dengan sebuah lori 10 tan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 1.37 pagi dan anggota yang tiba di lokasi mendapati Keshvinder dan Rajkaur tersepit dalam kereta itu.

"Sebuah kereta Honda City yang berada di belakang Myvi itu terbabas di bahu jalan ketika cuba mengelak kereta tersebut," katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.

Azizul Aswad berkata, dua daripada empat penumpang Honda City itu termasuk seorang kanak-kanak berumur dua tahun cedera ringan manakala pemandunya dan penumpang lain selamat. Pemandu lori dan kelendannya juga terselamat.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Gerik untuk bedah siasat, manakala semua yang cedera juga dibawa ke hospital sama untuk rawatan. - Bernama

Artikel Lain