suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekalan Air Pulih Sepenuhnya Di Hulu Selangor

KUALA LUMPUR: Bekalan air di beberapa kawasan di Hulu Selangor yang terjejas akibat paip pecah berikutan insiden tanah runtuh di Jalan Utama, Taman Idaman di Serendah, bulan lepas, pulih sepenuhnya.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd dalam kenyataan pada Ahad menasihatkan pengguna sentiasa menggunakan air secara berhemah.

"Kami ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pengguna di atas kesabaran menghadapi gangguan bekalan air sepanjang insiden di luar jangkaan," menurut kenyataan itu.

Maklumat terkini mengenai perkhidmatan air boleh dirujuk di www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar 'mySyabas', Facebook 'Air Selangor'dan twitter 'air_selangor'.

Dalam kejadian 26 November itu, seorang penduduk dilaporkan cedera manakala sebuah gerai makan dan 10 kenderaan rosak. - Bernama

Syabas

Artikel Lain