suria

Kemalangan Di Sedenak Cetus Kesesakan 10 Kilometer

LIMA buah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan berdekatan Sedenak, Johor. - Ihsan Star Radio Traffic @mytraffic

PETALING JAYA: Kemalangan melibatkan lima buah kereta mengakibatkan kesesakan trafik yang teruk dari Sedenak menghala ke Kulai di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di Johor pada Sabtu.

Star Radio Traffic melaporkan pada pukul 1.45 petang bahawa insiden yang berlaku di Kilometer (KM) 36.5 menyebabkan kesesakan sejauh 10 kilometer menghala ke arah selatan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 12.46 tengah hari dan telah mengerahkan anggota ke lokasi kejadian.

Sementara itu, PLUS dalam kenyataan berkata, pengguna perlu mengelak menggunakan laluan Sedenak-Kulai dan mencari laluan alternatif.

Kesesakan trafik dilaporkan berlaku di kedua-dua arah.

Kemalangan

Artikel Berikut

Artikel Lain