suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak Benar 700,000 Warga Asing Di Johor dapat Kad Pengenalan

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak memberikan kad pengenalan kepada 700,000 warga asing di Johor untuk menjadi pengundi di Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN),  Datuk Seri Alwi Ibrahim menegaskan bahawa penganugerahan kewarganegaraan merupakan anugerah tertinggi kerajaan Malaysia.

"Ini merupakan hak eksklusif kerajaan persekutuan yang tidak ditawarkan dan tidak diberikan dengan sewenang-wenangnya.

"Adalah tidak benar ke atas dakwaan bahawa kerajaan akan memberikan kad pengenalan kepada 700,000 warga asing," katanya.

Alwi berkata setiap permohonan kewarganegaraan memerlukan penelitian yang terperinci seperti yang diperuntukkan di bawah Bahagian III, Perlembagaan Persekutian.

Ini kerana ia akan menyebablan individu yang berkenaan menikmati keistimewaan dan hak yang sebelum ini dinikmati seseorang yang berstatus warganegara sahaja, katanya.

"Kementerian sentiasa komited dalam memastikan semua penganugerahan kewarganegaraan adalah teratur dan mematuhi perundangan yang berkuat kuasa agar keselamatan, keharmonian, perpaduan dan ketenteraman awam terpelihara," katanya.

Warga Asing

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Amaran Angin Kencang Sehingga Ahad

Artikel Lain