suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amaran Angin Kencang Sehingga Ahad

KUALA LUMPUR: Angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) yang berlaku di perairan Condore, Reef North, dan Layang-Layang dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

Jabatan Meteorologi, dalam kenyataan hari ini, berkata keadaan angin kencang dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter itu berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.

Selain itu, keadaan ribut petir dengan angin kencang sehingga 50kmsj di perairan Phuket, Condore, Reef South dan Reef North dijangka berterusan sehingga lewat malam Jumaat.

"Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil," menurut kenyataan itu.

Artikel Berikut

Media Putar Belit - MB Perlis

Artikel Lain