suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perompak Bermotosikal Samun Dua Stesen Minyak Selang 10 Minit

Aksi perompak bermotosikal dirakamkan menerusi kamera keselamatan di sebuah stesen minyak yang terlibat.

PETALING JAYA: Sekumpulan penjenayah bermotosikal merompak dua stesen minyak dalam tempoh 20 minit dan melarikan pelbagai barangan dan wang bernilai RM7,000.

Kumpulan yang dianggotai kira-kira 10 perompak yang menaiki enam motosikal itu mula melakukan aktiviti jenayah di sebuah stesen minyak berdekatan Bukit Jalil kira-kira pukul 6 petang Rabu.

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias, tiga daripada perompak menggunakan parang untuk mengugut juruwang sebelum melarikan diri dengan barangan dan wang di stesen minyak berkenaan.

"Mereka turut mengambil sebuah tabung derma yang diletakkan di atas kaunter berisi wang kira-kira RM200," kata beliau ketika dihubungi pada Khamis.

Kira-kira 10 minit kemudian, kumpulan yang sama tiba di sebuah lagi stesen minyak di Bandar Kinrara, Puchong.

Kali ini, mereka menyerang seorang daripada pekerja dan merosakkan stesen tersebut sebelum melakukan rompakan.

Mereka turut memaksa seorang pelanggan wanita yang mengeluarkan duit daripada mesin ATM, untuk menyerahkan duit sebanyak RM1,000 sebelum melarikan diri.

Megat Mohd Aminuddin berkata, polis masih berusaha untuk mengesan kesemua perompak terbabit.

Rompak

Artikel Lain