suria

Penganggur Didakwa Tujuh Tuduhan Merogol Remaja 14 Tahun

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tujuh tuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Muhammad Faiz Mohammad Basri, 19, dituduh merogol gadis itu di PPR Beringin dekat Jinjang antara 16 Oktober dan 20 Oktober tahun lalu.

Faiz didakwa pada Khamis mengikut Seksyen 376 Kod Penal atas tuduhan merogol.

Tertuduh didakwa di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary dan Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Razi tidak membenarkan ikat jamin.

Mahkamah menetapkan tarikh 6 Januari depan untuk sebutan semula kes .

Tertuduh tidak diwakili peguam.

Rogol

Artikel Berikut

Artikel Lain