Ada Motosikal, Boleh Jadi Usahawan - Ismail Sabri - Semasa | mStar

Ada Motosikal, Boleh Jadi Usahawan - Ismail Sabri

Ismail Sabri.

SHAH ALAM: Jika para belia mempunyai motosikal dan berminat berniaga, maka mereka boleh menyertai Projek Usahawan Bergerak atau Mobilepreneur yang peluangnya disediakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mulai tahun depan.

"Saya nak maklumkan kita akan buka Mobilepreneur kepada belia yang mempunyai motosikal sendiri dan sekiranya berminat dengan projek ini, kita galakkan mereka untuk memohon.

"Ini bermakna kita akan gunakan motosikal sedia ada dan kita akan ubah suainya untuk disediakan tempat meletak peralatan (berniaga). Kita juga akan bagi peralatan dan latihan kepada mereka," kata Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada pemberita semasa menghadiri majlis Mobilepreneur peringkat negeri Selangor di sini, Khamis.

Beliau berkata langkah diadakan projek itu ialah untuk melahir lebih ramai usahawan belia terutama di kawasan luar bandar yang tergolong di bawah kategori miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Ibrahim Ahmad dan Timbalan Pengerusi GiatMara, Datuk Armand Azha Abu Hanifah.

Ismail Sabri berkata belia yang berminat untuk menyertai projek Mobilepreneur boleh membuat permohonan secara terus di Cawangan GiatMara di negeri masing-masing.

"Kita mempunyai bajet berjumlah RM30 juta tahun depan, dan kita akan tengok sekiranya ramai yang berminat jadi Mobilepreneur yang menggunakan motosikal sendiri. kemungkinan kita akan kurangkan bilangan motosikal yang kita sediakan (untuk projek tersebut) sebelum ini," katanya.

Pada majlis itu, beliau menyerahkan motosikal kepada 38 orang peserta Mobilepreneur dari Selangor yang menjalankan perniagaan merangkumi perkhidmatan makanan dan minuman, automotif, elektrikal serta Spa dan kecantikan. -- Bernama

Ismail Sabri , Mobilepreneur

Artikel Sebelum

Peniaga Bebas Tuduhan Rogol Remaja

Artikel Berikut

Mayat Kanak-Kanak Lemas Ditemukan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain