suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun M Jawab Akan Hadir Sebelum Undangan Ke Istana Negara Dibatal

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad teleh memberi komitmen untuk menghadiri acara di Istana Negara sebelum menerima surat pembatalan undangan ke istiadat menandatangani sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember ini.

Beliau berkata, surat jemputan itu diterima pada 10 November lalu dan seterusnya memberi jawapan untuk hadir ke istiadat itu.

Bagaimanapun, katanya, pada 6 Disember lalu, surat kedua dari Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menyusul memaklumkan pembatalan jemputan untuk beliau dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

“Saya jawab akan hadir kerana anggap acara ini sebagai acara nasional yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik,” katanya menerusi blognya pada Khamis.

Semalam, surat daripada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja kepada Mahathir yang membatalkan undangan itu tersebar meluas di media sosial.

Kandungan surat itu menyebut, pembatalan itu bagi “mengelak kesipuan (embarrassment)” kerana tiada kerusi untuk Mahathir disediakan pada acara itu.

Kata Dr Mahathir lagi, beliau tidak menyangka acara negara adalah sebahagian dari politik parti.

Mahathir, Istana Negara

Artikel Sebelum

Dana Soros: Polis Siasat Ambiga

Artikel Berikut

Artikel Lain