suria

Dana Soros: Lagi Laporan Polis Terhadap DAP, Portal Berita

KUALA LUMPUR: Bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia, Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff membuat laporan polis terhadap pengasas Malaysiakini, Premesh Chandran dan 'Red Bean Army' DAP kerana menggunakan dana asing untuk menentang kerajaan.

Abdul Rahmat yang kini menjadi perunding keselamatan berkata, dia melayari internet dan menemui satu artikel DC Leak yang mendakwa Open Society Foundations (OSF) milik jutawan George Soros telah menyalurkan dana kepada organisasi tempatan.

"Kandungan dokumen itu adalah serius dan saya berpendapat bahawa warga asing tidak boleh terlibat dalam proses demokrasi di negara ini," kata Abdul Rahmat kepada pemberita di luar balai polis Jalan Tun Razak pada Khamis.

"Hal ehwal negara kita seharusnya dibiarkan kepada rakyat kita sendiri tidak kira parti politik mana yang disokong," katanya.

Jika terdapat apa-apa perubahan perlu dibuat kepada negara, Abdul Rahmat berkata ia hendaklah dilakukan melalui cara demokratik.

"Ada beberapa pihak yang ingin melakukan perubahan melalui proses yang tidak demokratik dan tidak betul.

Katanya, beliau mahu pihak polis menyiasat kesahihan dokumen DC Leak dan untuk melihat jika terdapat kebenaran berhubung dakwaan yang dibuat.

Abdul Rahmat berkata ini adalah kali pertama beliau membuat laporan polis sebagai "warganegara prihatin" tanpa bersekutu dengan sesiapa.

George Soros, DAP, Red Bean Army

Artikel Sebelum

Artikel Lain