suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tukang Masak Mengaku Tidak Bersalah Eksploitasi Wanita

IPOH: Seorang tukang masak lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas dakwaan memperdagangkan tujuh wanita untuk eksploitasi seksual antara Julai dan Ogos lepas.

Foong Kar Choon, 27, dituduh memperdagangkan tujuh wanita Thailand bagi maksud eksploitasi seksual bersama seorang lagi yang masih bebas antara 12 Julai hingga 15 Ogos lepas.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pusat terapi bekam di Lapangan Symphony Business Park di sini antara pukul 10 pagi hingga 2 pagi.

Tertuduh berhadapan tujuh pertuduhan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Hakim S. Indra Nehru membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM70,000 bagi kesemua tujuh pertuduhan yang dihadapinya.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 23 Disember ini. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzi Md Yusof, manakala tertuduh diwakili peguam Mahinderjit Singh. - BERNAMA

Artikel Lain