suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Negeri Sembilan Umum Pemberian Khas RM500 Kepada Kakitangan Awam

Mohamad Hasan.

SEREMBAN: Pemberian khas sebanyak RM500 kepada lebih 6,000 kakitangan awam di Negeri Sembilan termasuk mereka yang berkhidmat di badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT), akan dibayar akhir bulan ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pemberian khas itu sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti atas kecemerlangan kakitangan awam dalam menyempurnakan tugasan dengan baik.

"Saya ingin terus menyeru kepada semua penjawat awam di negeri ini untuk lebih proaktif, bersedia menawarkan perkhidmatan dan mendengar sendiri keluh-kesah rakyat," katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Isnin.

Mohamad berkata, penjawat awam di negeri ini merupakan tulang belakang kepada kejayaan perancangan yang disediakan kerajaan.

"Bagi pihak kerajaan negeri, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ke atas daya usaha semua penjawat awam di negeri ini yang telah bersama-sama menggalas amanah untuk memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat," katanya. - Bernama

Artikel Lain