suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang Lagi Ditahan Berkaitan Kes Tembak Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Empat individu yang cedera dalam insiden tembakan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dilaporkan stabil manakala seorang lagi lelaki berjaya ditangkap.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata kempat-empat mangsa - tiga lelaki dan seorang wanita - sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Katanya, jurukamera RTM Mohamad Amirul Amin, 28, yang ditembak di bahu sudah menjalani pembedahan dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Peluru berjaya dikeluarkan dan dia kini stabil," kata Mior ketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau berkata polis turut menahan lelaki kedua, selain pengawal peribadi yang ditahan di lokasi kejadian selepas insiden pada pukul 7.30 malam Khamis.

Suspek pertama iaitu pengawal peribadi Datuk Ong Teik Kwong, 32, dikatakan mengamuk sebelum menembak mati bosnya dan dua yang lain dalam insiden tersebut.

Sementara itu, sekumpulan lelaki berkumpul di hadapan Jabatan Forensik Pulau Pinang kira-kira pukul 9 pagi Jumaat.

Lelaki tersebut yang dipercayai ada kaitan dengan Ong, dilihat sedang menunggu untuk menuntut mayatnya.

Ahli keluarga Ong yang tiba menggunakan beberapa kereta mewah diiringi masuk ke dalam bilik mayat dengan segera.

Petugas media tidak dibenarkan memasuki kawasan jabatan tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Lain