suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu Salleh Keruak Meninggal Dunia

KOTA KINABALU: Toh Puan Hajjah Bandong Hasbollah, ibu kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, meninggal dunia pada pagi Jumaat.

Beliau meninggal dunia pada usia 85 tahun.

Bandong menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.55 pagi di Hospital KPJ Kota Kinabalu.

Menurut cucunya, Syarulnizam Salleh, semasa neneknya menghembuskan nafas terakhir, semua anak-anak dan cucu Allahyarham termasuk Salleh berada di sisi beliau.

Salleh yang sedang menghadiri Perhimpunan Agung Umno di ibu negara bergegas kembali ke Kota Kinabalu pada Khamis sebaik majlis perasmian perhimpunan Umno berkenaan selesai.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Sri Saza iaitu kediaman Salleh di Likas untuk diuruskan sebelum dibawa ke Kota Belud bagi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Siasai/Tombol pagi Jumaat.

Bandong merupakan isteri kepada Yang Dipertua Negeri Sabah yang ketujuh, Tun Mohd Said Keruak yang meninggal dunia pada 1995.

Salleh Said Keruak

Artikel Sebelum

Ku Chin Wah Diperintah Bela Diri

Artikel Lain